tudung labuh berdagu
Pengenalan
Tudung labuh berdagu ala-ala Prof Dr Muhaya mengambil nama tokoh popular Prof Dr Muhaya seorang pakar mata dan tokoh motivasi terkenal. Tudung yang digaya oleh Prof Muhaya menjadi ikutan ramai terutama yang tidak begitu meminati fesyen tudung yang bewarna warni seperti tudung layer dan fesyen selendang. Sesuai dipakai ketika menghadiri kuliah ilmu di surau-surau dan masjid, ke majlis kenduri dan juga ke pejabat.
Kali ini saya akan tunjukkan tutorial panduan menjahit tudung labuh berdagu ala-ala Prof Muhaya mengikut kaedah saya sendiri mengguna kain lycra. InsyaAllah pada kesempatan yang lain saya akan tunjukkan satu lagi kaedah dengan menggunakan kain lycra cotton dengan awning dipotong sedikit dari bawah.
Langkah 1
Sediakan kain untuk membuat tudung. Saya menggunakan kain jenis lycra. Saiz kain 1 meter bidang 60.
kain jenis lycra untuk bahagian utama tudung
Langkah 2
Sediakan pola seperti gambar di bawah.
pola tudung
Langkah 3
Letakkkan pola di atas kain
Potong kain mengikut bentuk pola.
Bentuk kain yang dipotong seperti ganbar di bawah.
Langkah 4
Snap dihujung kain yang dipotong.
Langkah 5
Langkah ini adalah untuk menyedia pelapik dagu.
Lipat lebihan kain seperti di bawah.
Letakkan pola pelapik dagu di atas kain.
Potong kain mengikut pola.
Lihat hasil potongan pelapik dagu seperti di bawah.
Langkah 6
Langkah berikutnya adalah untuk membuat pola.
Sediakan kain untuk awning. Saya menggunakan kain jenis lycra. Sedikit sahaja kain diperlukan.
Letakkan pola di atas kain.
Potong kain mengikut bentuk pola. Hasil potongan awning seperti di bawah.
Hasil untuk ketiga-tiga bahagian kain yang dipotong adalah seperti di bawah.
Langkah 7
Potong bakrum mengikut panjang awning. Lihat gambar di bawah.
Langkah 8
Seterika bakrum bersama awning untuk lekatkan bakrum bersama awning dan untuk kemasan.
Langkah 9
Jahit bakrum awning bersama awning 2 baris atas dan bawah. Lihat gambar.
Langkah 10
Langkah berikutnya untuk menjahit bahagian utama kain.
Lipat kain seperti berikut. Jahitkan dari bahagian A ke B.
Jahitan bermula dari A.
Berakhir di B.
Hasil Jahitan.
Langkah 11
Buat kemasan di hujung kain dengan jahit tepi biasa.
Langkah 12
Langkah berikutnya untuk mencantum pelapik dagu dan awning.
Lipat dua kain pelapik dagu yang dipotong tadi. Snap di hujung.
Langkah 13
Cantumkan pelapik dagu dengan kain utama. Guna jarum peniti dan lekatkan pelapik dagu dan kain utama. Guna tanda yang disnap tadi untuk mendapat betul-betul di tengah kain.
Lihat gambar di bawah untuk lebih jelas.
Langkah 14
Jahit pelapik dagu bermula dari tengah pelapik dagu.
Langkah 15
Jahit sehingga bercantum dengan awning. Awning di bawah pelapik dagu. Lihat gambar supaya lebih jelas.
Langkah 16
Jahit sekeliling sehingga berjumpa semula dengan pelapik dagu tadi.
Lihat hasil jahitan yang telah siap.
dari depan
dari sisi
Langkah 17
Buat kemasan hujung kain dengan jahit tepi biasa.
Langkah 18
Jahit tindih di sebelah atas pelapik dagu dan awning. Lihat gambar supaya lebih jelas.
Hasil selepas dijahit.
Langkah 19
Kemasan terakhir di bahagian bawah tudung. Boleh mengguna mesin jahit tepi halus atau mesin coverstitch.
Untuk tutorial ini saya mengguna mesin coverstitch supaya nampak lebih menarik.
Kalau tak ada mesin jahit tepi halus atau mesin coverstitch boleh hantar kepada saya. Saya boleh tolong jahitkan.
Hasil jahitan seperti di bawah.
Langkah 20
Siap sudah tudung labuh berdagu ala-ala Prof. Muhaya. Boleh digayakan di kepala. Sedap dipakai, kemas dan sopan.
Kalau belum lagi yakin nak jahit sendiri. Boleh contact saya. Harga berpatutan.
SELAMAT MENCUBA